Followers

Wednesday, July 22, 2009

~Romantic & Loving Couple Contest~

Contest ni dari blog MamaTisya

contest ni bermula pd 18 July 2009 hingga 8 Ogos bersempena Anniversary MamaTisya yang akan disambut pada bulan ogos nanti. Happy Anniversary.................


Disini Ku pertaruhkan gambar dibawah ni utk contest ni....

Nama: Mona Aida
Nama Pasangan: Mohd Rozaidi
Kami berkahwin pada 22 Disember 2007 dan tahun ini adalah tahun kedua perkahwinan kami.
Gambar ini diambil pada 3 Ogos 2008 di Tengkuban Perahu, Bandung. Masa gambar ni diambil saya baru mengandung 2 bulan. Di atas cuaca agak sejuk la juga yer la gunung berapi la kan, dan yang paling tak tahan adalah bau sulfur gunung berapi tu busuk. Maybe mengandung tu yang tak tahan bau tu. tapi amik gambar maintain cun jer.....


Ok utk member2 lain yang nak join contest ni boleh la klik kat banner dibawah ni ok. Good luck


18 July - 8 Ogos

Tuesday, July 21, 2009

~Tournament Bowling~

Office aku ni ader buat tournamnet bowling, baru jer buat start bulan 7 hari tu. so the nest tournamnet suppose 31 July ni. Sebenarnyer dah fix date 31/7 ni kan tapi tiba2 bos bagitau dia tak boleh on that date sebab dia ader kenduri, so kena tukar. Bos suruh tukar minggu ni 24/7 tapi takder kosong. Kalo minggu ni memang tak sempat nak training la. Memandangkan diriku ni seorang yang agak tak terer so training adalah penting, tader la memalukan teammate. Dalam group aku, aku sorang jer perempuan so tak nak la tunjukkan kelemahan perempuan kan. SInce expenses utk bowling ni agak2 mahal so aku ni kurang la berlatih kan, tapi group yang lain selalu jer aku dengar diorang training. takperlaaku redha jer. hheheheh. Aku kalo boleh hari-hari nak training tapi disebabkan masa dan kepenatan kerja tepaksa la dibatalkan niat tu. Manyer tak penat hari2 kena naik tangga ambil airell kat umah babysitter tau kat tingkat 6, kalo korang rasa macam mana angkat airell yang dah 8 kg tu sampai tingkat 6 mcm mana rasanyer, menggigil lutut tau tak. hhaaaaaaaa.Itu dah kira training aku setiap hari la. hahahah. So tak tahu lagi ni bila the next date setelah ditukar tarikh utk tounament ni, duit dah habis banyak ni utk training hopefully dapat la pulangannyer...


Yang penting Kerjasama dan Happyyyyyyyhttp://www.emocutez.com


Friday, July 17, 2009

Taq dari KakYong

Tag dari Kak Yong
ditag pada bulan July 11 2009

tag ni originated daripada MamaD... ;)





1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???agak banyak gak la nama singkatan, dengan family n jiran panggil angah dan eda, dengan kawan2 panggil mona. Umo tahun ni 27 tahun 7 bulan dan sok kat umah sewa kat gombak


2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih???..biasa kol berapa??lama tak?

yer, hari2 coz kat ofis on internet jer... kat umah jarang-jarang heheh
lama???? depend pada keadaan..jugak kadang2 curi2 tgk jer blog.. yer la depend kat keje gak la banyak ker tak...dan kerajinan ku. hehhe kalo sabtu ahad malam jer bukak blog. coz siang mesati kuar jalan. heheh



3.Bila dah on kat Blog...apa yg korang buat ek???

bila buka blog jengah dashboard tgk blog latest update. so jenguk member2 yang update, lepas tu baru tgk blog sendiri. rasa kalo tak puas hati tambah2 la benda2 kat blog dan gambar. bila ader masa banyak la, kalo tak mmg just blogwalking jer.


4.Penah tak sedang asik melayan intenet ni...korang telah abaikan sesuatu....?he2

kalo kat ofis tu memang selalu la mengbaikan kerja2, berdosa betul rasanyer(nasib baik bos bukan follower) kadang2 layan punya layan tiba2 bos intercom tanya kerja dah siap tak mana tak mengelabah buat. nasib baik nak alter sikit jer. heheheh sory bos..http://www.emocutez.com

5. Macamana cara korang masak maggie ek???

Sama la kak yong mamaairell pun tak makan maggie tapi bila my hubby nak makan kita disuruh masak nyer. tapi saya dah tahu dah pasal cara masak maggie yang betul tu kita kena buang air rebusan tu dulu. dan selepas itu telah ku wawarkan kepada semua org.


6. hubby korang tau tak korang ada blog ni....penah tak hubby korang baca blog korang????

My hubby tahu pasal blog ni, dia kalo tgk saya bukak laptop mesti kata " nak berblog la tu..." hehehe. tahu jer.Dia hanya akan baca bila saya suruh baca certain2 post jer... yang lain tu mcm kaka yong la tak amik port.





seterusnya tag ini nak dipaskan kepada :

semua foolower Mama Airell


kalo dah pernah buat, silalah beritahu linknyer & x perlu nak buat lagi..
yang dah siap buat, silalah inform yer.. http://www.emocutez.com


Thursday, July 16, 2009

Tahniah....

Tahniah kepada kawanku kerana selamat melahirkan seorang anak lelaki. Walaupun secara ceaser tapi alhamdulillah la selamat. Sebelum my frenz ni operate doctor bagitau dia yang anak dia kecik underweight so doctor tak bagi harapan bahawa baby tu akan survive. kitaorang ni dengar sedih la kan tapi kitaorang bagi semangat kat dia just berdoa jer, insyaalllah ader rezeki selamat la. So suppose my frendz ni kena datang check up la hari selasa hari tu on 14/7/2009 tiba2 dia call kitaorang bagitau doktor tahan wad nak operat hari tu juga. Dia terus berdebar dan takut la yer l anak dtg check up jer terus kena operate dahla dia tak standby beg dalam kete lagi. Kelam kabut juga la dia kata. Kitaorang ni cuba la call di apetang tu tak dapat lagi rupanyer di amalam pkl 8 baru masuk operation room. So esoknyer baru dapat tahu dia dah selamat bersalin bersama anak lelaki. Oleh kerana anaknyer hanya seberat 1.3kg so anaknyer diletakkan kedalam inkubator dan doktor kata sehingga beratnyer 1.8kg, bayangkan berapa lama tu nak tunggu.http://www.emocutez.com Masa aku pegi melawat dia di Hospital Salayang masa lunch hour. Masa melawat dia hanya katil dia jer takder baby, yang lain semua ader dengan baby masing2. Tgk dia pun rasa sedih. tapi nasib baik kawan aku ni kuat kalo aku la agaknyer mesti dah menangis. http://www.emocutez.com
So dia pun tak tahu nak keluar bila tapi dia harap boleh duduk lebih lama kat hospital dekat dengan anaknyer kan. Tapi kita berdoa jer agar My frendz n Baby nyer selamat. Amin


http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com



Tuesday, July 14, 2009

Belasah Sampai Mati

Bila tengok tajuk ni mesti ader yang rasa mcm kejam kan. Cerita ni aku baru tahu sebenarnya. Adik Officemate aku punyer kes ni siap kuar metro lagi. DAlam paper tu boleh kata salah faham lagi. Dia kata adik dia tu baik jer jenis agak lurus la gak kan. Kalo dah berpuluh pukul sorang mananyer tak mati kan. So ni semua sebagai pengajaran kepada kita, jgn sampai benda ni berlaku lagi. Tapi takdir, jodoh,ajal,semua ditangan Allah kita hanya berdoa jer. So sudilah baca kes dibawah ni. (My Officemate still tak balik dari Melaka, maybe buat kenduri sekali - (Al Fatihah kepada adiknya)

MELAKA: Hanya kerana salah sangka membabitkan antara dua kumpulan, seorang lelaki maut dibelasah sekumpulan remaja dalam pergaduhan di Taman Harta Pertama, Bukit Baru, dekat sini, Sabtu lalu.Kejadian terbabit yang berlaku jam 11.40 malam membabitkan kumpulan lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun.Difahamkan, sehingga tengah hari semalam, polis menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata mangsa dikenali Mustaqim Mohd Dan, 22, maut selepas mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala apabila terbabit dalam pergaduhan itu.
Katanya, siasatan mendapati lelaki terbabit dibelasah sekumpulan remaja dan motifnya berpunca daripada salah sangka antara mereka. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mempunyai elemen samun.“Setakat ini, polis menahan suspek membabitkan 10 remaja lelaki dan seorang remaja perempuan untuk siasatan. Semua mereka yang tidak bekerja direman tujuh hari mulai hari ini (semalam).
“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.Mayat mangsa dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka sebelum dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di rumah mangsa di Bukit Pulau, Bukit Baru, dekat sini, mendapati ibu lelaki berkenaan Rosnah Saad, 45, terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga sejurus jenazah anak ketiga daripada lapan beradik itu dibawa keluar selepas disembahyangkan.
Keadaan bertambah sayu apabila Rosnah hanya mampu melambaikan tangannya ke arah kenderaan yang membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Baru, dekat sini, selepas solat Zohor.
Rosnah terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas dia menjadi lemah dan tidak mampu berkata apa-apa sejurus jenazah dibawa pergi dan sekumpulan wartawan juga gagal menemubual.
Dalam pada itu, sepupu mangsa, Amiruddin Mamat, 22, ketika ditemui, berkata Allahyarham baru bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin sejak seminggu lalu.

Katanya, dia menyifatkan arwah sebagai seorang yang suka menyendiri dan cuma berkawan dengan remaja terutama pelajar sekolah.

“Saya tidak menyangka arwah dibelasah sekumpulan remaja, seolah-olah mereka tiada perasaan belas kasihan,” katanya.

Katanya, dia menemui arwah kali terakhir kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu berhampiran kawasan Taman Permata Harta dan mangsa sempat menegurnya dan rakan lain sebelum pergi meninggalkan mereka.

“Saya mengetahui kejadian itu apabila diberitahu pihak polis yang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan,” katanya.

Bapa mangsa, Mohd Dan Sirun, 56, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada rakannya kira-kira jam 1.30 pagi Ahad lalu yang memintanya datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.



Sunday, July 12, 2009

Rambutku....

Setelah hampir 2 tahun aku tak memotong rambut, korang boleh agak la panjang mana, aku telah mengorbankan rambut aku semalam 12/7 di saloon MONSOON di selayang mall. Rambut ku banyak sangat gugur. Bila aku tanya mak aku dia kata biasala kalo ader anak kecil, lagi pulak dia dah pandai main air liur. wahhhh memanh banyak la rambut aku gugur tu rasa nak menangis bila tgk rambuat kat tangan aku. Oleh itu aku amik keputusan untuk memotong rambut aku. So anyone yang mempunyai pengalaman mcm aku ker rambut gugur atau petua yang boleh mengelakkan rambut gugur atau petua melebatkan rambut semula....



Wednesday, July 8, 2009

Airell Dah Besar....

Hari tu aku teringin nak bagi airell pakai baju yang dah lama tak pakai. Yer la bila aku tgk airell ni asyik pakai baju sama jer padahal bakul tu penuh ngan baju dia. so aku pun belek2 la bakul tu. aku jumpa baju biru ni. Nak dijadikan cerita baju ni last pakai masa dalam pantang. hehehe. Masa tu pakai longgar semacam jer sekarang ketat semacam lak. ni aku letak gambar utk comparison. kelakar pun ader masa aku tgk ni.

   

Tak sangka dalam masa 3 bulan airell dah membesar mcm ni. Sekarang pun aku dah rasa tak larat nak dukung lama2 airell ni. Itupun belum lagi makan solid food. Banyak jugak baju2 airell yang dah tak muat padahal kat label tu saiz 3-6m. Hish tak betul punya saiz. Husband aku suruh tggu dulu shopping baju utk airell. Dia kata pakai dulu baju yang ader. Nnt rugi katernyer.... aku ni pulak jenis tak blh tgk baju cantik sikit mesti nak beli nyer. Yer la kira aku ni shopaholic gak la kat baju airell ni. Since office aku ni dekat ngan kedai manjaku aku pun selalu la masuk cuci mata. Cuci punya cuci ader jer yang berkenan. Bila dah beli tu,tak bagitau hubby aku, bila Airell pakai baju tu mesti dia perasan "bila pulak beli baju ni" aku pun senyum kerang bucuk jer la.... Yang penting aku puas hati heheheh.






Tuesday, July 7, 2009

Majlis Aqiqah Airell


Rasanyer lama giler tak post something kat Blog ni. Yer la since busy kononnyer nak prepare utk Majlis Aqiqah Airell. Buat kat Kampung that why masa banyak kat sana utk prepare tu. Majlis tu berlangsung pada 5/7/2009 di Labu Negeri Sembilan. Alhamdulillah majlis berjalan lancer. Walaupun hujan pada pagi tu nasib baik hanya renyai sajer dan cuaca pun sejuk jer tak la panas kan. Pukul 10 ketibaan para marhaban untuk cukur jambul airell. So since makcik2 yang marhaban so bising semacam la nak pasang mic la nak buka buku la, nak air la… heheheh. Macam2 kan. Tapi selepas semua tu marhaban pun mula. Airell diam jer masa mula2 cukur jambul lepas dah ujung2 tu dia dah merngek jer tapi tak mennagis. Nasib baik anak mama tak menangis kalo tak parah gak .. Ramai pulak kan nak cukur jambul aku dah la kena pegang dulang kelapa tu, ya allah bila dah hujung tu dah menggigil tangan rasanyer berat kelapa tu. Lepas Cukur Jambul airell aku bagi susu haus la tu. 5 min lepas tu majlis berendoi Kredit kepada Sri Bridal untuk pelamin airell ni . Mula2 Airell marah gak la masuk buai yer la since airell tido tak berbuai tapi bila dia dah dengar makcik2 tu menyanyi (berendoi la) dah half time dia tertido. Bila makcik2 tu habis menyayi dia terus terjaga. Hish airell ni nk org nyayi baru tido. Mama dia tak pandai nyanyi sorry yer airell hehehe. Habis berendoi majlis tahlil lak dan doa selamat. Pakcik2 time lak. Masa ni airell dah tido betul2 tapi bukan kat buai kat bouncer dia jer. Lepas majlis Airell bergambar lak. Sorry la gambar tak update lagi. Tggu part 2 utk gambar2 nyer.