Followers

Wednesday, May 9, 2012

~~SUSU KURANG BILA PERIOD? BAGAIMANA NAK MENGATASINYA?~~


As salam mommies,

Kali ni saya nak sharing benda yang selalu terjadi kat saya bila period menghampiri... Pengeluaran susu amatlah merundum....
Setiap kali tu la akan tanya ngan orang2 mcm mana nak mengatasinya....
Setelah mencari2 info jumpa kat blog kak cery.





Anda sudah datang bulan??? Adakah Period mengganggu penghasilan susu anda? Mari kita berkongsi ilmu dan pengalaman....








***


taken from Cery...
Just to share with you dear… setiap ibu yg menyusukan babynya.. pasti melalui cerita, pengalaman dan masalah yang lebih kurang saja. Saya juga tak nafikan..saya sendiri melaluinya.. tipulah kalau saya kata saya tak pernah mengalami masalah lansung sepanjang bfeeding….. Cuma dalam kes ini..perahan susu berkurangan tatkala sedang menses (period)…..orang kata ia adalah sesuatu yg normal.......tapi nak tahu kenapa hasil perahan susu ibu berkurangan apabila si ibu period..?

Sesetengah wanita mengalami temporary drop in milk supply in the days just prior to a period and for a few days into one .. rilekss.. jangan risau or panic…….C uma sesetengah wanita mengalami. Ada wanita yang tidak.… ini disebabkan level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements). 

Perlu diingat susu yg dihasilkan ketika period atau hari biasa adalah sama saje. Bukanlah susu time priod tu kurang berzat or tak sedap. Apa yang penting, bila period dah stabil, dah masuk hari ke tiga – ke empat level hormone pun dah kembali normal.. milk supply akan jadi normal semula…. Dan yang paling penting sekali.. baby tak meragam..sbb dia faham..mamanya tgh period… (cume si ibu kene banyakkan minum air kay).

Tapi ade juga sesetengah baby yang reject susu time ibunya period. Maybe baby tu rasa susu tu pelik skit. Tapi ni sume hanya sementara and tak berlaku kat semua org…. jadi lain org, lain perjalanan penyusuannya.

Jadi kesimpulannya, rawatan yg efektif untuk cabaran penyusuan ketika period ialah pengambilan calcium/magnesium sepanjang ovulasi dan disambung hingga hari ketiga period… Kalau period tu jenis yang tak regular, start ambil calcium/magnesium di hari yang ke -14, start dari last period.. or kalau senang kira…. Just ambil je supplemen calcium/magnesium tu sepanjang penyusuan…. Takyah nak kira bila hari 14 ..bila ovulasi….. payah!! dahla banyak yang nak di makan...yer tak..….hehe

Dos pengambilan yang dicadangkan ialah…1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium. The higher the dosage the more effective and quicker the results).

Di Shaklee, supplemen kalsium-magnesium (Cal-Mag) dikenali sebagai OsteMatrix. Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, bersamaan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium. so kalau hari biasa, ambil 2 biji.. is good enough for u to prepare sebelum kedatangan kawan baik kita tu..…

Apa2 pun.. kene relaks, jangan stress!!! kene fikir positif… bila dah start period, tak semestinye habis dah perjuangan menyusukan baby… (kalau fikir positif, period tu meaning that you are normal and healthy woman...subur ..)

Dan sebagai penutup.. remember this...... “Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susu ibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

P/S: 
Apa yang Cerya tulis ni hasil dari bacaan dan pengalaman beliau..... fakta2 boleh di rujuk di kellymom.com.. She love that site ...especially dulu2 time dia tgh bfeed..ni lama dah tak bukak.. tp sebab sekarang ni tgh mengguide rakan2 seperjuangan yang bfeed..maka kene baca balik.. bagus gak... untuk diri sendiri.. refresh memori...)

Sharing is caring kan? niat momma ingin berkongsi dengan bu-ibu yang lain dan secara tak langsung momma sama2 belajar dan kongsikan bersama pembaca...dan paling tidak pun momma dapat menambah rakan dan mengukuhkan silaturrahim.... Have a great day!!! 
 

Friday, May 4, 2012

Tiada Alasan Baby taknak Direct Feeding...


Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang tersayang. Artikel ini ditujukan buat semua ibu-ibu muda yang kurang pengalaman menyusu, di mana sedikit sebanyak diambil dari pengalaman saya sendiri juga.

Fitrah setiap anak yang dilahirkan berbeza. Ada anak yang lahir je terus minum susu ibunya tanpa banyak cerita. Ada juga anak yang sejak lahir lagi, enggan menyusu badan dan saya percaya semua ibu yang mengalami masalah ini akan panik, dan jika tak ada pengalaman, susu formula lah penyelesaiannya. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, anda haruslah terlebih dahulu menggunakan pelbagai cara dengan memujuk bayi anda terlebih dahulu sebelum memberikan botol susu. Cakap dengan nada lembut pada bayi, katakan padanya susu ibu yang terbaik untuknya agar tetap sihat.. dan boleh juga dodoi-dodoikan dia terlebih dahulu sebelum memberikannya minum melalui payudara anda. Jika bayi anda mengamuk, tenangkannya dahulu, bawa bayi berjalan-jalan sekejap dan cuba lagi. InsyaAllah, dengan sedikit masa dan pujukkan bayi boleh direct feed mengikut fitrahnya.

Namun, sekiranya bayi tetap enggan, anda boleh pam susu dan masukkannya ke dalam botol susu. Cara ini ialah cara terakhir kerana dipercayai botol susu mengganggu penyusuan bayi secara eksklusif. Kenapa?? Kerana hisapan bayi tak akan sama dengan mana-mana pam di luar sana, dan hakikatnya ibu harus bekerja keras dan kuat semangat untuk meneruskan penyusuan bagi bayi tersayang..  Dan untuk makluman anda, ibu-ibu ini digelar EP MOM (Exclusively Pumping)

TIPS untuk ibu-ibu yang bayinya enggan direct-feed:

  1. Pam setiap 2 jam sekali secara konsisten. Walaupun dapat sedikit bagi setiap sesi, pastikan anda terus mengepam supaya susu dapat dihasilkan cepat dan semestinya anda sangat perlukan stok ini buat bayi anda. Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit
  2. Mulakan mengumpul stok seawal dari pantang lagi.
  3. Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3L sehari dan lebih. Ini kerana salah satu komponen utama susu ibu ialah air dan protein. Jika air dalam badan ibu kurang, mana mungkin ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi
  4. Pastikan ibu mengambil makanan berzat dan tinggi protein seperti ikan, ayam, telur, susu, kekacang, keju dan tauhu. Dan pastikan semua makanan ini dimasak sempurna bagi menjamin protein di dalamnya masih ada.
  5. Jika ada kemampuan, belilah double pam atau sekurang-kurangnya pam elektrik, sebab anda perlu berkejar masa pam susu, dalam pada masa yang sama menyusukan bayi di masa yang berbeza.

Amalkan zikir Ya Matin sepanjang masa dan semasa pam susu.. Dan jangan lupa minta pada Yang Esa agar Dia terus memberikan rezeki yang tak putus-putus pada bayi anda
Dan akhir sekali, ambillah supplement untuk kesihatan badan anda. Jika anda sihat, barulah tubuh anda bersedia menghasilkan susu yang banyak serta berkhasiat.