Followers

Friday, May 4, 2012

Tiada Alasan Baby taknak Direct Feeding...


Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang tersayang. Artikel ini ditujukan buat semua ibu-ibu muda yang kurang pengalaman menyusu, di mana sedikit sebanyak diambil dari pengalaman saya sendiri juga.

Fitrah setiap anak yang dilahirkan berbeza. Ada anak yang lahir je terus minum susu ibunya tanpa banyak cerita. Ada juga anak yang sejak lahir lagi, enggan menyusu badan dan saya percaya semua ibu yang mengalami masalah ini akan panik, dan jika tak ada pengalaman, susu formula lah penyelesaiannya. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, anda haruslah terlebih dahulu menggunakan pelbagai cara dengan memujuk bayi anda terlebih dahulu sebelum memberikan botol susu. Cakap dengan nada lembut pada bayi, katakan padanya susu ibu yang terbaik untuknya agar tetap sihat.. dan boleh juga dodoi-dodoikan dia terlebih dahulu sebelum memberikannya minum melalui payudara anda. Jika bayi anda mengamuk, tenangkannya dahulu, bawa bayi berjalan-jalan sekejap dan cuba lagi. InsyaAllah, dengan sedikit masa dan pujukkan bayi boleh direct feed mengikut fitrahnya.

Namun, sekiranya bayi tetap enggan, anda boleh pam susu dan masukkannya ke dalam botol susu. Cara ini ialah cara terakhir kerana dipercayai botol susu mengganggu penyusuan bayi secara eksklusif. Kenapa?? Kerana hisapan bayi tak akan sama dengan mana-mana pam di luar sana, dan hakikatnya ibu harus bekerja keras dan kuat semangat untuk meneruskan penyusuan bagi bayi tersayang..  Dan untuk makluman anda, ibu-ibu ini digelar EP MOM (Exclusively Pumping)

TIPS untuk ibu-ibu yang bayinya enggan direct-feed:

  1. Pam setiap 2 jam sekali secara konsisten. Walaupun dapat sedikit bagi setiap sesi, pastikan anda terus mengepam supaya susu dapat dihasilkan cepat dan semestinya anda sangat perlukan stok ini buat bayi anda. Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit
  2. Mulakan mengumpul stok seawal dari pantang lagi.
  3. Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3L sehari dan lebih. Ini kerana salah satu komponen utama susu ibu ialah air dan protein. Jika air dalam badan ibu kurang, mana mungkin ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi
  4. Pastikan ibu mengambil makanan berzat dan tinggi protein seperti ikan, ayam, telur, susu, kekacang, keju dan tauhu. Dan pastikan semua makanan ini dimasak sempurna bagi menjamin protein di dalamnya masih ada.
  5. Jika ada kemampuan, belilah double pam atau sekurang-kurangnya pam elektrik, sebab anda perlu berkejar masa pam susu, dalam pada masa yang sama menyusukan bayi di masa yang berbeza.

Amalkan zikir Ya Matin sepanjang masa dan semasa pam susu.. Dan jangan lupa minta pada Yang Esa agar Dia terus memberikan rezeki yang tak putus-putus pada bayi anda
Dan akhir sekali, ambillah supplement untuk kesihatan badan anda. Jika anda sihat, barulah tubuh anda bersedia menghasilkan susu yang banyak serta berkhasiat.

No comments: