Followers

Monday, March 21, 2011

Nursery Airell 3

Hari ni kami menghantar airell ke taska lagi. Hari ni hati aku gumbira sangat coz airell dah ader kemajuan. sekarang dia dah tak menangis macam selalu. Tapi dia ader la nangis sikit2. hari ni dia terus je masuk dalam taska takder nangis. Kitaorang lambai dari luar, dia pun lambai la. Seronok sikit hari ni hantar dia. harap -harap dia akn selalu macam ni. Lagipun tak sampai sebulan lagi kan. harap2 Airell cepat pandai yer... takder la mama pening kepala nak hantar.

Thursday, March 17, 2011

Terkejutttt

To all my frendz yang baca blog ni jgn terkejut coz aku pun terkejut jugak. Aku sendiri pun baru tahu aku pregnant...heheehhe. Yer la takder mabuk2 cuma aku cepat penat dan kurang selera makan. Aku tak der la cek cepat2 yang aku pregnant coz period aku 2 3 bulan ni asyik lambat jer period... so setelah lebih kurang nak dekat lebih 40 hari aku pun decide untuk mengetest kehamilan aku. heheeh dan keputusannya positif... alhamdulillah setelah airell dah 2 tahun ni, mungkin kami boleh menambah anak. doa kan kesihatan aku yer kawan2...


P/s : Kalo ikutkan aku due 4 oktober... So aku dulu la Noni.....

Thursday, March 10, 2011

Nursery Airell 2

So ini kisah selapas menghantar airell ke nursery.. On d First Day dia seronok sangat nampak permainan main tak ingat lepas tu cepat la dapat member kan yer la budak2. So after register aku cakap ngan airell amin mama, dai pon amin, papa dia suruh amin dia tak sempat terus masuk nursery gelak2 seronok la kan. aku pun dengan hati yang lega beredar la kan. Tapi hati tu bimbang jugak la coz airell dah lebih 2 bulan tak dihantar ker babysitter coz laki aku MC accident, so dia willing nak jaga airell full time. dalam masa 2 bulan tu airell pun berkepit je la ngan papa dia. Ni bila nak hantar ke nursery lak. pening kepala nak fikir. Mak aku pun bimbang kat dia tu.

Kisah nya aku pon nak amik dia balik la hari pertama tu. tak sampai pagar aku dah dengar suara dia menangis panggil mama..mama..mama padahal dia tak nampak pon aku lagi...
tanya cikgu dia kenapa dia nangis, dia kata aireell tgk budak2 balik, dia pun nak balik gak... aku ambik dia tak la lewat sangat 5.45. maybe dah ramai parent yang balik awal kot. Dia pon dengan tersedu sedan menangis masuk kereta.. masuk je dalam kete terus diam. Suruh bye byr teacher boleh pun lambai. issh airell ni...

Aku pun dah risau la nak hantar hari kedua... coz semalam masa hantar dia tak tahu yang dia akan kena tinggal, ni hari kedua dah pandai dah. Turun dari kereta laju dia pegang tangan aku, wah seronok la ingat dia nak ajak masuk nursery tu, sampai pagar dia pusing tarik tangan aku pegi tempat lain tak nak masuk. Dia suruh aku dukung tak nak masuk. macam mana aku nak buat ni. Kira sorang teacher tu amik dia dengan nangis2 tak nak masuk. Aku nak keje ni. Dulu masa hantar babysitter pun macam tu, hantar pagi mesti nangis..makcik tu kata takper nnt dia diam bila taknmpk mama dia.

So aku pun fikir nnt airell ok la tu... Rasanya berapa lama agaknyer dia akan faham yang mama dia nak pegi kejer ni. petang baru amik dia.. nak cakap dia tak faham lagi... KIta sama2 berkorban yer Airell...

Wednesday, March 9, 2011

Nursery for Airell


After 2 yrs, finally kitaorang decide untuk hantar airell ke nursery..kenapa lepas 2 tahun yer.dari pemerhatian kitaorang, kami mendapati airell sudah layak untuk bergaul dengan budak2 lain dan mempelajari benda yang baru. tapi ni still dalam percubaan lagi. Nursery tu pun dekat giler ngan ofis aku, so kaloo ader any problem dekat la aku nak jenguk dia kan. So lepas ni aku akan update perkembangan airell selepas berada di nursery... kita tunggu...