Followers

Monday, October 3, 2011

Idah...

Tak tahu la kenapa tiba2 aku nak bercerita pasal idah ni kat blog aku... rasanyer just nak berkongsi cerita jer ngan kawan2. Semalam ofis mate aku ader bertanya kat aku pasal idah. Dia tanya kalo perempuan tua (more than 60) kalo kematian suami kena dalam idah tak....bagi aku kalo ikut syarak tak kisah la muda or tua hukum tetap hukum kan.... so untuk mengukuhkan ilmu kaum kita saya sertakan sedikit ulasan utk rujukan kita bersama....

Hukum Iddah : Hukum pada syara’ adalah wajib ke atas perempuan. Tiada hukum ini kepada lelaki

Kata Imam Ghazali rah di dalam Ihya’ dan Ithafus Sadah, mana-mana isteri yang kematian suami, adalah wajib baginya tidak memakai pakaian perhiasan diri. Sebaliknya digalakan memakai pakaian berkabung bagi mengambarkan kesedihan atas kematian suami. Berkabung sedemikian diharuskan oleh syara’ dan boleh juga berkabung dengan memakai pakaian biasa yang tidak menampakan berhias diri. Perkara ini berjalan selama 4 bulan 10 hari.

Selama dalam masa edah 4 bulan 10 hari ini wajib bagi isteri berkenaan menjauhkan dirinya dari memakai sebarang wangi-wangian , berhias-hias. Ini termasuk tidak boleh bercelak, tidak boleh menggunakan minyak rambut melainkan kerana uzur. Selain itu isteri berkenaan juga tidak dibolehkan berinai yang biasanya diamalkan oleh wanita-wanita dulu. Selain itu pakaian yang berwarni-warni juga dilarang .Sebarang tindakan yang dianggap berhias dan melawa semuanya dilarang. Larangan ini khusus pada perempuan Islam yang cukup umur. Ke atas isteri yang masih belum cukup umur yang masih belum lagi berkumpul dengan suaminya tidak termasuk di dalam larangan ini. Hal ini juga tidak dikenakan kepada isteri-isteri ‘Kitabiyah” yang sememang jarang berlaku sekarang ini.

Selain itu ulama berselisih pandangan penggunaan minyak bijan dan zaitun atau apa-apa minyak. Yang paling sahih dan diterima adalah menjauhi sebarang minyak kerana penggunaanya dikira sebagai berhias. Sekarang ini penggunaan sebarang lotion, mascara, bedak wangi serta alat-alat solek modern juga dilarang melainkan darurat.Contoh darurat adalah seperti ubat jerawat, bedak pengubat, lotion berubat dan lain-lain yang berkaitan yang mana sekiranya tidak menggunakanya akan mendatangkan mudarat padanya. (Bahrul Maazi – kemudaratan yang zahir)

Selain itu ada ulama melarang bersikat rambut yang terlalu kerap, kerana kerapnya bersikat diketogori berhias diri. Lainlah kalau bersikat atas keperluan maka ianya dibolehkan. Selain itu isteri yang kematian suami ini juga dilarang memakai pakaian sutera. Kerana penggunaan pakaian sutera dianggap berhias. Sebaliknya jika isteri tersebut berpenyakit kulit yang tampa memakai sutera bertambah sakitnya maka syara’ membenarkannya berbuat demikian kerana diketogorikan mudarat Atau pun juga tidak ada di rumahnya pakaian lain melainkan semuanya sutera maka dibolehkan kerana menutup aurat itu adalah wajib.

Selain itu kain atau pakaian yang baru juga tidak harus dipakai, hanya kain atau pakaian yang lama yang biasanya dia memakainya dibenarkan. Asalkan ianya tidak dianggap berhias.

Perkara di atas adalah pandangan di dalam Mazhab Syafie yang bersabit dari firman Allah swt :

“Dan mereka-mereka yang meninggal dunia di antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri-isteri , hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (bereddah) selama empat bulan sepuluh hari”.(Al-Baqarah 2:234)

Kalau kita perhatikan sekarang ini perkara-perkara di atas amat jarang dititik beratkan oleh wnita sekarang ini. Lihat sahaja di akhbar tempatan atas tuntutan “hadhanah” anak-anak. Isteri-isteri yang di dalam iddah tidak pun mengikuti ketentuan syara’ yang di sebutkan di atas. Malah ada yang telah mencari pasangan dengan lelaki yang lebih muda darinya ketika masih lagi di dalam iddah.

Berat memang berat bagi isteri yang di dalam iddah tersebut. Namun hokum tetap hukum. Hanya yang benar-benar “solehah” sahaja yang mampu beramai dengannya.


p/s : semoga kita mengetahui ilmu islam in dan kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan tak la terkena batang idung sendiri baru nak cari buku....

No comments: