Followers

Thursday, April 26, 2012

~~KEJAYAAN PENYUSUAN - HASIL DARI USAHA~~

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguiji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati TIDAK sangup menerima penderitaa " ~ Harieta Wahab
Siapa kata hidup ini hanya penuh kedukaan? dan siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kegembiraan?? Allah s.w.t menjadikan kehidupan satu kursus yang baik untuk manusia membina kemanisan iman & juga kehebatan akhlak... Oleh kerana itulah kehiduoan tidak semestinya diberikan kesenangan semata-mata.. Pasti ada ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana komitmen kita memegang jawatan hamba Allah ini...


Ujian ibarat peperiksaan di dunia. Jika lulus maka gred manusia akan meningkat dan diangkat darjatnya oleh Allah s.w.t. Tetapi jika gagal bukan bererti anda bodoh atau tidak berguna. Sebaliknya anda masih boleh ulang peperiksaan tersebut pada waktu yang lain...


Sama juga dengan perjalanan penyusuan ibu-ibu... Walaupun anak pertama sudah diberikan formula, tiada sebab mengapa anak kedua or yang lain tidak boleh diberikan susu ibu...  Walaupun anda ibu yang bekerjaya malahan yang sambung study, penyusuan susu ibu tetap masih boleh diteruskan!! pokok pangkalnya ANDA!

Memang ianya tidak mudah. Tapi percayalah..
"Kejayaan itu dikaitkan dengan perbuatan. Mereka yang berjaya akan terus BERUSAHA. Mereka akan melakukan kesilapan, tetapi mereka TIDAK AKAN MENGALAH" ~ Conrad Hilton
Kata kunci paling berharga ialah berusaha untuk berjaya. Jangan menunggu untuk kejayaan tiba. Menunggu kejayaan adlh sesuatu yang tidak mungkin tanpa usaha... Kesilapan dlm berusaha adlh cabaran paling manis sebelum anda mengecapi kejayaan yg diinginkan...

Usaha adalah process membentuk istiqamah dlm diri. Jadi tidak hairan org yg telah berjaya sebenarnya mereka telah berjaya membina istiqamah dlm diri sekalipun hasil usahanya mungkin tidak sehebat yang diharapkan... So buang sikap "M"... Malas adalah penyakit yang perlu dijauhkan jika kita ingin berjaya bukan shj dalam penyusuan susu ibu malah dalam perjalanan hidup kita...
renungan..
"Manusia mengatakan bahawa motivasi tidak akan berakhir dan juga tidak akan hilang. Kerana itulah kita perlu mencari motivasi setiap hari " ~ Zig Ziglar

No comments: