Followers

Tuesday, August 11, 2009

Penat Gilerrrrrr

Pada suatu hari abah aku cakap la dia nak buat kenduri arwah kat kampung pada 28/6/2009 tapi di pinda coz ader sedara aku yg tak boleh datang on that date. So tarikh dipinda ke 5/7/2009. So aku pun decide nak buat aqiqah dan cukur jambul airell sekali kat kampung coz airell masa tu pun dah 3 bulan dah besar dah.... heheh. So aku seperti biasa la last minit baru beli barang untuk goodie bag, semua aku beli kat chowkit jer, lagi banyak choice. Baju airell nasib baik la makcik yg jaga dia tu boleh buat kan, baju aku jer beli last minit gak....asyik last minit jer.. Aku menempah buaian dan kamera tanpa pengetahuan laki aku, hehehe surprise.Sehari sebelum majlis tu masa org buaian tu hantar baru la diaorang tahu. secret. hahaha.
Majlis bermula pagi pukul 10, makcik2 marhaban tu datang dengan nak tunggu sorang2 nak pasang mic la macam2 kecoh betul hahaha biasala makcik2 la katakan. Majlis dimulakan dengan marhaban lepas tu cukur jambul lepas tu baru berendoi. masa cukur jambul lagi sikit nak habis airell dah start nangis coz dia dah rimas ngan bunga rampai kat rambut dia tu.... Tapi anak mama ok jer. Lepas majlis cukur jambul turn pakcik2 lak untuk majlis tahlil untuk arwah Atuk. After semua dah rest lurus pinggang, petang tu aku runner ke nilai pegi beli kek untuk betday adikku yang bongsu dan yg second last tu, buat sekali coz betday diorang tu sorang 28/6 sorang 5/7 tu la. So kesimpulannya banyak la majlis yg kitaorang sambut pada hari tu. penant gilerrrr

1 comment:

kakyong said...

salam Ramadhan..

lama tak update blog.. harap2 sihat yer.. Selamat menjalani ibadah puasa.