Followers

Tuesday, July 14, 2009

Belasah Sampai Mati

Bila tengok tajuk ni mesti ader yang rasa mcm kejam kan. Cerita ni aku baru tahu sebenarnya. Adik Officemate aku punyer kes ni siap kuar metro lagi. DAlam paper tu boleh kata salah faham lagi. Dia kata adik dia tu baik jer jenis agak lurus la gak kan. Kalo dah berpuluh pukul sorang mananyer tak mati kan. So ni semua sebagai pengajaran kepada kita, jgn sampai benda ni berlaku lagi. Tapi takdir, jodoh,ajal,semua ditangan Allah kita hanya berdoa jer. So sudilah baca kes dibawah ni. (My Officemate still tak balik dari Melaka, maybe buat kenduri sekali - (Al Fatihah kepada adiknya)

MELAKA: Hanya kerana salah sangka membabitkan antara dua kumpulan, seorang lelaki maut dibelasah sekumpulan remaja dalam pergaduhan di Taman Harta Pertama, Bukit Baru, dekat sini, Sabtu lalu.Kejadian terbabit yang berlaku jam 11.40 malam membabitkan kumpulan lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun.Difahamkan, sehingga tengah hari semalam, polis menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata mangsa dikenali Mustaqim Mohd Dan, 22, maut selepas mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala apabila terbabit dalam pergaduhan itu.
Katanya, siasatan mendapati lelaki terbabit dibelasah sekumpulan remaja dan motifnya berpunca daripada salah sangka antara mereka. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mempunyai elemen samun.“Setakat ini, polis menahan suspek membabitkan 10 remaja lelaki dan seorang remaja perempuan untuk siasatan. Semua mereka yang tidak bekerja direman tujuh hari mulai hari ini (semalam).
“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.Mayat mangsa dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka sebelum dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di rumah mangsa di Bukit Pulau, Bukit Baru, dekat sini, mendapati ibu lelaki berkenaan Rosnah Saad, 45, terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga sejurus jenazah anak ketiga daripada lapan beradik itu dibawa keluar selepas disembahyangkan.
Keadaan bertambah sayu apabila Rosnah hanya mampu melambaikan tangannya ke arah kenderaan yang membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Baru, dekat sini, selepas solat Zohor.
Rosnah terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas dia menjadi lemah dan tidak mampu berkata apa-apa sejurus jenazah dibawa pergi dan sekumpulan wartawan juga gagal menemubual.
Dalam pada itu, sepupu mangsa, Amiruddin Mamat, 22, ketika ditemui, berkata Allahyarham baru bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin sejak seminggu lalu.

Katanya, dia menyifatkan arwah sebagai seorang yang suka menyendiri dan cuma berkawan dengan remaja terutama pelajar sekolah.

“Saya tidak menyangka arwah dibelasah sekumpulan remaja, seolah-olah mereka tiada perasaan belas kasihan,” katanya.

Katanya, dia menemui arwah kali terakhir kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu berhampiran kawasan Taman Permata Harta dan mangsa sempat menegurnya dan rakan lain sebelum pergi meninggalkan mereka.

“Saya mengetahui kejadian itu apabila diberitahu pihak polis yang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan,” katanya.

Bapa mangsa, Mohd Dan Sirun, 56, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada rakannya kira-kira jam 1.30 pagi Ahad lalu yang memintanya datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.



1 comment:

Unknown said...

salam...mmg bebudak sek skrg dah makin berani...x takut tul...risaukan anak2 kita ek..